SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU HAWA....
SITI HAWA BINTI BOHARIM
D 20112055473
Monday, 26 November 2012
HURAIAN SUKATAN
HURAIAN SUKATAN PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
BIDANG PENGURUSAN KEHIDUPAN BIDANG AKADEMIK sila layari > http://pendidikankhas.com
GURU BUDIMAN
Wahai guru,
Pendidikan merupakan agenda utama pembangunan sesebuah Negara dan sistem pendidikan yang baik mampu memberikan pendidikan kepada semua. Oleh itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai juga perlu disediakan. Pendidikan khas adalah pendidikan yang direka cipta dan dirancang untuk kanak-kanak istemewa.
Friday, 9 November 2012
KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
Kurikulum Pendidikan Khas
Pendidikan khas Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan melalui Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran, serta Program Pendidikan Khas Integrasi yang disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik dan vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Dari segi kurikulum, murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa. Kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif. Mengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (PeraturanKurikulum Kebangsaan) 1997 mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai;
“Program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan”
(Akta Pendidikan 1996)
Bagi kumpulan murid dalam spectrum ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah, telah digubal satu kurikulum khas untuk mereka iaitu Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Kurikulum ini digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Rekabentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru mengembangkan bakat dan potensi sedia ada.
Dalam konteks Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas, ia menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (developmental skills). Maka adalah penting untuk menyediakan kurikulum yang bersesuaian dengan tahap kemahiran dan pengetahuan kanak-kanak tersebut. Hal ini selaras dengan matlamat pendidikan khas di Malaysia iaitu untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran (suasana) biasa
Kurikulum Pendidikan Khas bermatlamat untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna. Selain itu, kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat, iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan keupayan murid melalui bidang- bidang seperti pengurusan kehidupan, akademik berfungsi, kerohanian dan nilai - nilai murni, serta sosial, riadah dan kreativiti.
Dalam setiap bidang utama tersebut, masing-masing terdapat komponen-komponen kecil seperti berikut:
a) Bidang Pengurusan Diri
Komponen Pengurusan Diri
Komponen Kemahiran Manipulatif
Komponen Pengurusan Tingkah laku
Komponen Kemahiran Hidup
b) Bidang Akademik Berfungsi
Komponen Bahasa Melayu
Komponen Matematik
Komponen Bahasa Inggeris
Komponen Multimedia
c) Bidang Kerohanian dan Nilai-Nilai Murni
Komponen Pendidikan Agama Islam
Komponen Pendidikan Moral
d) Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti
Komponen Pendidikan Jasmani
Komponen Pendidikan Seni
Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama
Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri seperti mampu berdikari, berdisiplin dan bersikap positif, bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketerampilan, serta produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Hasil pembelajaran tersebut adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas (FPK) iaitu,
“Ia menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat”
(Falsafah Pendidikan Khas)
Subscribe to:
Posts (Atom)